Tuesday, June 8, 2010

jiwang karat ke pasar karat?

kadang-kadang bila tiada apa nak di buat mula lah kepala nih nak pikir yang mengarut, yang unik, yang pelik, macam macam lah .

lagi dua hari result nak menonjolkan diri, mula lah ni tak tentu arah. perasaan ni first time datang sebab selalunya kalau orang lain tengah berdebar tunggu result saya relaks je sebab selalu dapat kejutan, masa tengah gembira, tengah makan bbq orang bagi tau result dulu dahtu nak menggelabah buat ape pulak kan? sekarang ni pula terpikir mungkin dia tak nak bagi tahu sebab mungkin result saya teruk . ada fail mungkin??ohhhh tidakkkkkkkkkkkkkkk
kawan kawan semua cakap tawakal amy, tawakal . memang la kena tawakal tapi perasaan takut tu yang lebih , emm penakut lah kau amy , bawak kereta takut, bawak moto ada clutch takut, nak exam takot , nak tunggu result exam lagi lah takut . haihhh . ini tak tau dah kali keberapa mengeluh dah, orang kata tak baik mengeluh . hmm, semua tak baik . macam macam lah :(
tunggu aje lah amy, lagi dua hari . nanti keluar result tak tahu pula apa yang bakal diluah disini .

sekarang ni pula kan cuti, tade apa pun yang mampu buat diri ni sibuk , setakat basuh baju, lipat baju , kemas-kemas sikit bukan sibuk mana pun . online jelah tak habis habis, tiba-tiba tengah bukak tengok blog-blog orang rasa rindu pula kat dia, alah dia tu lah . kadang kadang rindu sangat dekat dia, rindu nak jalan-jalan, lepak-lepak dengan dia, belajar-belajar, makan-makan, bual-bual dengan dia, huh ?bual-bual ?ada ke?takpelah,tak penting tuh, ni lagi penting benda nak cakap ni . bila pikirkan balik rasa menyesal jugak bila saya sebut hal minta break-up dulu tanpa soal selidik pasal dia, yelah dia suka berkawan dengan ramai orang, saya susah nak terima . tapi itulah ALLAH dah kata amy dia bukan pasangan kau , ye aku redha . cewahhh
bila pikirkan lagi , dia pasangan terbaik saya pernah ada sebab dia caring sangat , suka buat saya gelak besar, dah la saya suka gelak terbahak-bahak, lagi lepas tu suka bagi hadiah lagi-lagi chocolate ferrero rocher, kawan-kawan saya semua cakap untungnya saya sebab dia bagi macam-macam dekat saya termasuk hati dia.wahwah hehe
part paling ingat pasal dia bila time study dekat library, mesti nak study sama-sama padahal test aje , final apatah lagi kan. dah habis study lapar lepas tu mesti pergi makan ramai ramai dengan mereka :) bab makan paling best sebab selalu pergi makan sama sama. kalau ada apa apa occassion je pergi makan . seronok. tapi itulah jodoh tak panjang cuma dapat bertahan 10 bulan aja padahal mula-mula bukan main lovey dovey hehe. hati dia pun saya dah pulang dan dia terima dengan tangan terbuka.
orang kata tak elok cerita hal dah lepas kan, tapi saya cerita jugak sebab bukan saya tak get over dia lagi cuma saya rasa dia antara moment indah dalam hidup saya. sebab dia saya jumpa kawan-kawan yang saya ada sekarang, sebab dia saya berubah menjadi a better person .cehcehceh puji diri sendiri nampak amy?hehe . Ye, saya sedang rindu dia . tak salah kan ? saya cuma teringat aja , bukan mahu kan ia kembali ye.haha ayat kau amy tak tahan. hehe. dan ye saya masih sayangkan dia :)

kerana dia kawan baik saya sekarang :))

and the 2nd paragraph is dedicated to u, yes u :)

2 comments: