Showing posts with label carca marba. Show all posts
Showing posts with label carca marba. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Being an Adult.

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya tak jengah blog sendiri, tiba-tiba pagi ni rasa macam nak tengok nak update pada macam-macam hal yang tak sempat langsung nak di tuliskan. Nahh, bukan nak menunjuk atau bercerita pada orang sangat pun tapi seronok bila baca sendiri boleh jugak ingatkan diri sendiri tentang hal yang dah jadi sebelum ni.

Lagi 2 hari 2012 dah nak memunculkan diri. Makin bertambah usia, makin matang barangkali. Aku masih tetap begini, sama dengan tahun sebelumnya masih dengan status bujang. Alhamdullillah aku masih mampu untuk berasa senang walau tiada yang istimewa di sisi. Tapi aku masih ada keluarga, kawan-kawan yang mampu buat aku senang tiap kali.

Macam-macam hal jugak yang jadi tahun ni, tapi macam dah lupa. Oh ye, aku dah nak habis belajar, Inshaallah bulan 19/1/2012 nanti bila final exam dah selesai, tamat jugak status aku sebagai seorang pelajar selepas 5 tahun aku harung, 3tahun diploma 2tahun setengah degree macam-macam hal yang jadi. Perasaan seperti bercampur baur, tak tahu nak rasa apa, sedih, takut, gembira. Entahlah. Kawan-kawan yang lain dah sibuk nak sambung master, nak buat ACCA, CIMA, dah ada yang mintak kerja, aku? hmm belum terasa nak buat apa-apa. Sepatutnya dah mula sibuk nak cari kerja, ini tak perasaan nak duduk rumah tu yang lebih. Bila tengok kawan-kawan nak sambung belajar, cemburu jugak aku pun nak belajar, tapi aku penat setakat ni, tapi Inshaallah kalau ada rezeki nak jugak aku sambung belajar.

Banyak jugak hal yang berlaku 2011 ni, ramai kawan-kawan yang dah kahwin, bertunang. Aku masih sama selepas habis diploma macam ni lah masih sama. Tapi aku bersyukur sebab aku gembira dengan hidup aku setakat ni. Walau mak selalu jugak ungkapkan soalan yang sama perihal itu, alah malas nak pikir, nantilah aku bekerja pun belum, lesen kereta pun takde lagi. Bak kata kakak aku layankan aje. Tapi itulah bila ramai kawan-kawan yang dah kahwin tipulah kalau aku takde rasa apa-apa, lagi dengan status bujang aku ni, bila didesak dengan soalan sama rimas jugak dibuatnya. Bukan tak nak tapi belum sampai lagi masanya. Jodoh tu kan ketentuan Allah s.w.t, hari-hari aku berdoa agar Allah s.w.t tunjukkan calon suami aku. Dah tertulis barangkali belum tiba masanya untuk aku.

Aku bukan jenis yang mencatatkan apa yang aku mahu capai di setiap tahun yang bakal mendatang, biarlah ia menjadi catatan dalam fikiran aku sendiri, bukan apa takut bila terlebih sangat nanti kalau tak tercapai hati sendiri jugak yang sedih, jadi tahun 2011 menjadi satu tahun yang berlalu dengan pelbagai cerita suka dan duka aku. Inshaallah atas setiap apa yang berlaku dapat mematangkan aku dan menjadi orang yang lebih baik dari hari ke hari. amin. Aku cuba untuk menghayati minggu-minggu terakhir sebagai student ni, aku sangat pasti aku akan sangat rindu pada setiap apa yang berlaku disini.

Tahun depan banyak juga yang ingin aku capai, jadi atau tidak ketentuan Allah s.w.t. Kita manusia hanya mampu merancang segalanya atas keredhaanNya. Semoga Allah swt sentiasa melindungi dirku, keluargaku dan kawan-kawanku. Sesungguhnya aku tak kuat dalam menempuhi segala dugaanmu Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku ya Allah.

Oh ye, pada kawan-kawan yang nak meghadap final exam macam aku, good luck. Moga kita sama-sama dapat tempuhi final exam kita yang dah final ni dengan kuat ok?

Selamat tinggal 2011, semoga 2012 akan mendatang dengan jayanya, Inshaallah.



Sunday, August 14, 2011

Kuat tapi degil


"kakak, saya nak jadi kuat macam kamu lah "

Am I that kuat ? I mean kuat dlm maksud tabah . Ohh I'm not that kuat pun, dalam hati ni takde sape pun tawu apa I rasa . It hurts, yes it hurts .

"amy, kitorang selalu plan dulu tapi last2 tak jadi sebab kena tanya kau dulu on something kalau kau tak nak mesti kau tak nak, kalau pergi pun mesti kau buat muka"

Am I that degil? alah I'm just shouting out what I really felt on that current time, nothing more. Sorry if it hurts you girls, I doesn't mean to be that degil, its just me. ;p

;p

Wednesday, August 10, 2011

Dua puluh empat tahun



Awak , Happy 24th birthday .


Moga sentiasa dirahmati Allah dan punyai future yang hebat ! amin


Awak kawan orang sampai bila-bila.

Orang kawan awak sampai bila-bila


:)

Thursday, July 28, 2011

Aku kena belajar kawal emosi.


Tiap-tiap kali aku sakit hati, geram, hilang sabar, nak luah perasaan mesti aku dah niat nak luahkan dekat bloglah, siap dah pikir nak taip apa, tapi selalunya end up aku taip lepas tu backspace, taip dan backspace lagi dan lagi . Apa yang aku update last-last letak gambar je. cehh

Tumblr aku lagi update dari ni.

Macam-macam hal aku nak luah, nak cerita, betul ! Tapi bila dah banyak sangat aku dah tak tahu apa yang aku patut taip, yang ni salah, yang ni rasa macam tak betul, eh yang ni tak boleh, entahlahhh aku ni memang gagal bab ni, bab mengarang ayat, dulu masa sekolah rendah sampai lari tajuk aku punya karangan, memang gagal ! Sebab tu, apa yang aku rasa banyak aku update dekat twitter, pendek je lepas tu apa pun aku tweet takkan jadi isu, jangan dekat fb tak bole , bahaya!Gila lama tak update dekat fb sampai kak Faz tegur suruh active kan fb.huh

Entahlah, kehidupan sosial aku sekarang memang disekat-sekat dengan financial constraint yang memang sejak dulu kala bermaharajalela, benci tapi apakan daya, belum rezeki aku, campur dgn tak usaha lagi memang ini lah hasilnya. Habis-habis pun aku keluar dgn kawan-kawan sejati aku yang memang cukup paham dgn masalah aku yang ini. Thanks kawan :)

Jadi mood malas nak update social networking yang itu memang menjadi-jadi, lagipun memang takde hape pun bole di-update selain kerja kat umah ni. Biasalah kerja dekat rumah, membersih, membasuh, mengemas, membebel, mem-babysit. Oh ni lain sikit yang cerita mem-babysit ni, sebab yang ini memang menguji kesabaran aku kena babysit 3 budak kentut ni. Sabarnya hanya tuhan je tawu. Dugaan aku jaga budak-budak ni lagi-lagi diorang demam, demam nak sama-sama pulak, memang menduga. Eh dapat pulak yang 2 budak kentut ni dah pandai panjat tangga, adui lagi penat. Tapi sabar-sabar.

Doa je lah yang bila aku dah ada anak sendiri, boleh aku guna skill yang ini.mudah-mudahan,amin.

Aku rasa dah lari dgn apa yang aku nak cerita tadi sebenarnya, tapi takpelah tak penting pun. Merungut tu kan tak elok, so tak payah lah luahkan. Aku cepat melenting, tapi yang pasti aku cepat reda. Aku tak boleh nak marah lama-lama. Alhamdulillah aku cepat sejuk. Tapi rasanya kena belajar untuk sabar lagi ni, syaitan!syuhh syuhhh .





Aku kena belajar control emosi .






Aku rasa aku kena jadi open-minded lagi, terbuka dalam segala hal. Ada kaitan tak open-minded dgn sabar?kalau aku tak bole terbuka in certain point, aku bole jadi melenting tak tentu hala sebab aku tak sabar, eh? macam berkait pulak. Kita memang akan percaya pada hal yang kita rasa kita NAK percaya. Jadi bila orang bagi pendapat, bagi nasihat memang kita susah nak terima, so what's the point of asking out opinion? Ohh mungkin sebab kita nak ada pilihan untuk buat keputusan. Pilihan itu ada untuk kita buat keputusan, untuk lagi pasti tentang sesuatu yang kita tak pasti. Hidup memang sentiasa dengan making decision. Apa boleh buat, yang ini memang takde pilihan.




Aku memang tak layak nak membebel bab ni, aku tawu. Aku cuma taip apa yang aku rasa aku nak taip. Untuk K-pop, hallyu lover macam aku ni nampak sangat tak sesuai kan?yelahh yang aku tawu cuma update hal yang itu, sebab aku minat itu, apakan daya.




Dah 2 years and a half . Si jejaka terakhir pun dah jumpa si soulmate, congrats u . Perasaan aku yang ke situ memang dah kelu setakat ni, mencari tidak apa pun tidak. Tak layaklah rasanya nak bercerita, nak nasihat orang bab ni kan, siapalah aku. Aku selesa hidup begini, tapi kadang-kadang confident level macam jatuh, yelah aku tak cantik, omputih kata #ugly. sungguh . Tapi aku bersyukur, dengan semua aku masih baik, takde apa masalah. Cuma ada cerita yang aku tak boleh bukak dekat sini, bahaya. Ini memang rahsia yang aku akan bawak sampai aku mati. Sebab ni hal hidup dan mati ! Tapi kadang-kadang risau jugak bila dulu mak membebel hal yang ini. Sekarang ni je dah kurang, yelah sejak hal kegagalan tu timbul, lagi lah mual nak cerita hal yang ini weyh ! Aku pernah menyesal melepaskan sesuatu yang baik untuk aku. memang bukan jodoh aku barangkali . Takpe amy :)


Dah nak puasa, tak sabar . Tak sabar nak puasa, lepas tu raya, lepas tu balik Shah Alam habiskan final sem untuk degree. Lepas tu job hunting . Inshaallah .



Satu sebab aku taknak membebel dekat blog ni, entah apa-apa yang aku bebelkan. dah, penat . Bai korang .






Tuesday, May 31, 2011

It's totally a no-no.

Kisah cinta mati, cinta sampai langit memang totally a no-no for me, hopefully one day I takkan jadi macam tu . So bila tengok orang begitu its annoyed me so much, tak tau sebab I dah lama single so macam perasaan ke situ kurang eventho I ada jugak suka orang, tipu lah kalau takde. Suka tu mungkin ya, tapi nak sayang tu mungkin belum sampai ke tahap itu.

Kadang-kadang rasa sedih tengok kawan-kawan yang dalam masalah macam tu, I tawu apa yang diorang rasa sebab I pun pernah jugak macam tu dulu, berbeza mungkin how we handle it .

Tapi susah jugak nak cakap, masing-masing ada masalah sendiri, yang berbeza mungkin cara macam mana nak selesaikan masalah tu . entahlah I pun pernah jugak bercinta, putus cinta semua tu, sedih memang sedih tapi kita kena let go semua tu. Nak nangis bagai nak gila, nangis lah, tapi habis dekat situ habis lah . Kita kena kuat semangat, kena redha jugak kalau dah memang dia bukan untuk kita, terima lah, mungkin ada jofoh yang lagi baik untuk kita, ada hikmah dari semua benda ni . Tapi kalau dia memang betol jodoh kita, Inshaallah memang dia untuk kita, so nak gelabah apa nya? I bukan nak bercakap tentang sapa-sapa, hal ni general . Ini macam peringatan jugak untuk I kena selalu kuat semangat, kena gigih, kena sabar, kena tabah .

Hidup kita ni bukan berkisar tentang hal cinta aje, banyak lagi hal yang lebih penting, komitmen kerja, famili, kawan-kawan, so go get a life . Nak sedih tu boleh, memang kena kalau tak keluarkan seksa jugak nak menahan dalam hati je, perlahan-lahan kita biarkan dia pergi . Be positive .

Silapnya bila berkawan sepenuh hati letak percaya, letak sayang pada orang tu, tapi bila putus lagi sepenuh hati frust menonggeng. Lepas tu bermusuh dengan sang kekasih yang dulu cinta mati, cinta sampai langit. Tapi I tak kata semua, sesetengahnya mungkin tak begitu, jangan marah ya :)

Selalu kan orang kata 'the past experience that gave us lessons', so selalunya dari my previous relationship itu lah yang mengajar, juga I belajar dari semua itu, apa orang kata 'Pengajaran' . I tak bercakap tentang sapa-sapa rasanya hal ni datang dari diri sendiri kot. Takpe later on lagi banyak experience yang kita dapat kot, in future Inshaallah lagi kita get a lesson :)



p/s : I love u girls, jangan tension sangat, biarkan mereka itu :)



Monday, May 23, 2011

The Vampire Diaries



Hello hello ~~~




Last week Kak Hajar gave me the DVD of The Vampire Diaries season 2, so pretty much in the mood of The Vampire Diaries or TVD . hehe . to those who follow my twitter might know that I am really into this vampires thing including the Salvatore's brother .I am a big fan of The Vampire Diaries. I already watch the season 1 many times and so excited when I get the season 2 ! yeay ! Thankz kak Hajar for the DVD ! you're so kind lah kak, I love u ! ngee . well Kak Hajar is one of the staff at the company where I did my practical, accidently we have common on TVD ! hehe . But Kak Hajar likes Damon more, but I prefer Stefan . muahaha



.

.


.


.


Want to know about TVD ?



I am really bad in explaining, so let Wiki explain it !:-


The Vampire Diaries is an American television series developed by Kevin Williamson and Julie Plec, based on the book series of the same name written by L. J. Smith. The series premiered on The CW Television Network on September 10, 2009, and has currently finished its second season on May 12,2011.[1] The series follows the events in the town of Mystic Falls, Virginia, a fictional small town haunted by supernatural beings.



The main focus of the series is the love triangle between the female protagonist Elena Gilbert (Nina Dobrev) and Stefan and Damon with dark pasts. Later the light is thrown on the mysterious past of the town involving Elena's malevolent doppelgänger Katherine who seeks revenge against the town, Stefan, Damon, and Elena.




here are the series overview, thanks again Wiki ! :-




The series follows the life of Elena Gilbert (Nina Dobrev) a 17-year-old girl, who falls for a 162-year-old vampire named Stefan Salvatore (Paul Wesley). Their relationship becomes increasingly complicated as Stefan's vicious and malevolent elder brother Damon (Ian Somerhalder) returns to Mystic Falls with a plan to wreak havoc on the town and also to plan a vendetta against his younger brother. Both brothers begin to show affection towards Elena, mainly because of her resemblance to their past love Katherine. It is revealed that Elena, a distant relative of Katherine, is Katherine's doppelganger, who eventually returns with plans against the trio.



The series is set in the fictional town of Mystic Falls, Virginia, a town charged with supernatural history since its settlement of migrants from New England in the late 17th century. Other story lines revolve around the other inhabitants of the town, most notably Elena's younger brother Jeremy Gilbert (Steven R. McQueen), Elena's best friend Bonnie Bennett (Katerina Graham), Elena's close friend, Caroline Forbes (Candice Accola), Elena's childhood friend, Tyler Lockwood (Michael Trevino) and Elena's childhood friend and ex-boyfriend, Matt Donovan (Zach Roerig). The town's politics are orchestrated by descendants of the original founding families, all comprising a "Founders' Council". Some of the founding families of Mystic Falls include the Salvatores, the Gilberts, the Fells, the Forbes and the Lockwoods. They guard the town mainly from vampires although they seem to be oblivious on other supernatural threats.



.


.


.


.


.



It sounds great and mysterious isn't it? But sad to say I did not own any of the TVD books yet T_T . It is quite expensive and i don't have any source of income, when I do have, I will buy all the books ! By the way I loves to read the books and at the same time watch the series, somehow I can see how they translated the character into motion . Like The Twilight Saga, I felt that Bella character in the movie seems so annoying, for others I don't know but I just felt that way .



There are 7 books of the TVD itself, and 2 books of Stefan's Diaries .





here are the The Vampire Diaries book ;-




The Awakening


The Struggle


The Fury

Dark Reunion


The Return : Nightfall

The Return : Shadow Souls



The Return : Midnight




Here are the Stefan's Diaries:-

Vol 1 : Origins





Vol 2 : Bloodlust




You guys can check out vampirediaries.com for more interesting story about TVD !

I am Stefan Salvatore bias, so how bad is Stefan I still prefer Stefan & Elena,not Damon & Elena. I know Stefan will turn to dark side on the end of the TVD season 2, so I can't wait for TVD season 3 . I'm sure it's gonna be AWESOME weyh !



words for season 2, 'doppelganger'





p/s: ada yang baik hati nak belanja all the books above ? *wink wink




Thanks Wiki for the great info !


Friday, March 25, 2011

Hatinya milik orang

Hello hello .


Today is my super hectic day .
Minda fizikal semua terganggu dek si staff lelaki yang banyak membebel .
So, now I takde mood nak buat kerja, update blog lagi bagos ! kesian blog ni dah lama terbiar .



Last week, bestfriend I dari sekolah rendah bertunang, semalam baru sempat nak upload gambar dalam laptop, jadinya hari ni lah baru boleh kepoh chi dekat blog. muahahahaha


Dia lah orang pertama yang bertunang, dan juga berkahwin dalam geng kami . Congrats le'o :)


si paling terkejal tunang dulu ;p
Dah berkasih dari sekolah, so lebih kurang dah 10 tahun jugak diorang kawan, end up dah tunang, dah nak kahwin dah kawan I ni . Ada jugak lah hari tu teman dia beli barang hantaran, tolong dia pilih baju tunang semua . Macam-macam perasaan bila dia tunang ni, happy untuk dia, tapi ada sikit sedih :( .








p/s : Buat awk yg disayangi, yang lepas tu biarkan pergi, awak layak dapat yg lagi bagus !

Monday, March 7, 2011

Monday Blues lah sangat !

Ketidakpuasan hati pasti menghambur seribu satu rasa yang tidak disenangi ramai . marah, geram, serba salah semua bercampur menjadi satu rasa yang tak mampu nak digambarkan dengan kata-kata !
Lantas jadi lah post sumpah tak tawu mana pucuk pangkalnya !
Boleh berhenti baca di sini jika tak suka !
Hari ni 7 mac 2011, mood bekerja memang tipis biasalah monday blues kononnya padahal semalamnya keluar beronggeng sampai kelewatan pulang lagi menyokong rasa malas ke tempat bekerja .
Tak tahu mana silapnya satu event penting jadi satu masalah pula pada yang masih berlatihan amali . Dilema sungguh ! dari pagi tepat jam 10 pagi sampai ke waktu pulang tak pasti dengan jawapan masing-masing, sekarang hati masih gundah gulana memikirkan apa yang bakal ditempuh esok !
Logiknya, tak patut lah sebab ada alasan nya, tapi apakan daya tenaga si pelatih amali ni, tenaga yang memang layaknya dikerah-kerah, diperah-perah hingga kering. Si pelatih yang sedar tempatnya dimana, apa tanggungjawabnya hingga kan rasa bersalah tu terbawa-bawa padahal sudah selamat berada di tilam tercinta .
Maka terhasil lah post yang kalau buat karangan sumpah cikgu mengamuk sebab takde point, awalan, akhiran, klimaks apetah lagi penggunaan bahasa nya T_T
Tak tawu patut rasa apa sekarang, bongok betol =( .
Hal mudah memang kadangkala boleh jadi punca tak lalu makan, telan makanan rasa nak muntah . lagi sekali bongok betol .

Saturday, March 5, 2011

headphones on.WORLD off.




Memang cerita hati, perihal perasaan takkan pernah ada yang betul mengerti . Meluah belum
pasti juga tepat pada kekecewaan itu, tak sampai barangkali . Kecewanya pada apa juga tak pasti, jadi bagaimana ?




agree .

.

.

.

urself will dissapoint you too .


But how should I make it up ?

Wednesday, March 2, 2011

Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)



Perhatian pada si pelajar UiTM sekalian, saja nak share pasal dewan ni, selama ni masa dekat kampus lalu tengok je bangunan ni bila lah nak siap, tak sabar nanti Convo dekat sini, tempat baru dan BESARRR . I keterujaan lebih lah . hehe


Tak sabar nak convo dekat sini :) . ngeh ngeh
Meh meh tengok bangunan ni, located at UiTM Shah Alam, belakang Stadium dekat padang kawad.


Pentas utama





Bahagian dalam dewan




Pandangan sisi dewan



Bahagian hadapan dewan





credit photo : www.hakimfaridzul.com
p/s : cepat lah habis practical, nak grad cepat !

Tiga=three=march




Welcoming March , eventhough its a bit late now . hehe


Hi March, be nice to me okeyh ? (:


Sunday, February 27, 2011

Big Bang is back !








Big Bang is back ! I'm just soooo excited on everything about Big Bang especially on their parody of Secret Garden on SBS 'The Big Bang Show' lol . too funny . New addition to the collection of great parody by Big Bang !! . hehe



You can check it out on my tumblr lol , credit to fuckyeahygfamilyy on tumblr (:



My ultimate biased in Big Bang, T.O.P (:

Friday, February 25, 2011

She turn 23


It was our 1st time celebrating birthday together for a such long time . That girl that i knew since she was 9 has turn 23 ! hehe .




Gamba gedik terakhir dari pemilik blog,sekian .


Wednesday, February 23, 2011

Blank mind


I am at the office.
I am bored of looking at the pile of data that I need to key in into the computer . blaaaaaahhh
T________T

Tuesday, February 22, 2011

BB Cream

Hai hai semua .

Korang semua pernah dengar pasal BB Cream tak?I nak cerita pasal BB Cream yang i pakai lah, saja nak share dengan korang sebab i ada baca dekat blog Taz pasal BB Cream yang dia pakai . BB Cream ni macam foundation tapi dia product dari Korea, since actor Bae Young Joon start jadi model untuk BB Cream so semua orang nak pakai jugak . The Face shop pun famous dengan product BB Cream diorang .Macam-macam jenis diorang ada, lagi-lagi pulak model diorang Kim Hyun Joong, Ji hoo sunbae tu . hehe. Nak tengok jenis BB dia boleh klik dekat sini .

BB Cream The Face Shop


Kim Hyun Joong 'muka' The Face Shop


Yelah sebab tengok pelakon Korea tu semua muka cantik, kulit licin , so bajet pakai BB Cream dapat effect sama jugak lah, padahal tak pun . haha sama je dengan I .



I pakai BB cream Bioglo, Cosway yang promote product ni . Best taw BB ni, dia tak melekit, berminyak macam foundation yang kita selalu pakai tu . Bila pakai muka rasa macam natural je . hehe. I tak suka pakai foundation sebab dia senang sangat buat muka berminyak lagi-lagi bila tengah panas . Lepas tu muka rasa macam heavy jadi tak selesa . Kulit I ni bermasalah sikit, berjerawat, berminyak so sangat sensitif, tak boleh suka-suka nak pakai make-up .



Bioglo 2 in 1 BB Cream




Tapi since guna BB cream Bioglo ni, bila pakai rasa macam tak pakai apa-apa pun muka, lagipun dia light je plus dia bagi effect shimmer jadi muka mcm shining sikit . Alah macam lotion body shop yang ada shimmering tu , kan macam shining kan ? BB Bioglo ada dua jenis Fair dengan Tan, I guna yang Fair . Ingredients dia best taw, dia herbal . BB cream ni 2 in 1, bole jadi foundation plus dia cream day protection. So korang dah tak payah pakai cream protection lagi . I survey online harga dia RM55 , tapi haritu I beli RM19.90 je sebab ada promotion . I beli dekat kedai outlet Cosway tu . Ohh lupa nak cakap kakak I member Cosway, mungkin sebab tu murah kot tapi I pun tak pasti sebenarnya . haha . Tengok macam kecik je kan, walaupun harga dia agak mahal tapi worth it kot sebab I dah lama pakai 1 tube tu, I beli dari last year , tahan lama taw .


I pakai sendiri memang bagus, tapi tak tawu lah pulak orang lain kan . Belum cuba belum tawu kan ? tapi sekarang dah ada macam-macam brand macam Maybelline pun dah ada BB cream .


Muka confident pakai BB Cream senyum sampai kembang hidung