Showing posts with label curhat. Show all posts
Showing posts with label curhat. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Being an Adult.

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya tak jengah blog sendiri, tiba-tiba pagi ni rasa macam nak tengok nak update pada macam-macam hal yang tak sempat langsung nak di tuliskan. Nahh, bukan nak menunjuk atau bercerita pada orang sangat pun tapi seronok bila baca sendiri boleh jugak ingatkan diri sendiri tentang hal yang dah jadi sebelum ni.

Lagi 2 hari 2012 dah nak memunculkan diri. Makin bertambah usia, makin matang barangkali. Aku masih tetap begini, sama dengan tahun sebelumnya masih dengan status bujang. Alhamdullillah aku masih mampu untuk berasa senang walau tiada yang istimewa di sisi. Tapi aku masih ada keluarga, kawan-kawan yang mampu buat aku senang tiap kali.

Macam-macam hal jugak yang jadi tahun ni, tapi macam dah lupa. Oh ye, aku dah nak habis belajar, Inshaallah bulan 19/1/2012 nanti bila final exam dah selesai, tamat jugak status aku sebagai seorang pelajar selepas 5 tahun aku harung, 3tahun diploma 2tahun setengah degree macam-macam hal yang jadi. Perasaan seperti bercampur baur, tak tahu nak rasa apa, sedih, takut, gembira. Entahlah. Kawan-kawan yang lain dah sibuk nak sambung master, nak buat ACCA, CIMA, dah ada yang mintak kerja, aku? hmm belum terasa nak buat apa-apa. Sepatutnya dah mula sibuk nak cari kerja, ini tak perasaan nak duduk rumah tu yang lebih. Bila tengok kawan-kawan nak sambung belajar, cemburu jugak aku pun nak belajar, tapi aku penat setakat ni, tapi Inshaallah kalau ada rezeki nak jugak aku sambung belajar.

Banyak jugak hal yang berlaku 2011 ni, ramai kawan-kawan yang dah kahwin, bertunang. Aku masih sama selepas habis diploma macam ni lah masih sama. Tapi aku bersyukur sebab aku gembira dengan hidup aku setakat ni. Walau mak selalu jugak ungkapkan soalan yang sama perihal itu, alah malas nak pikir, nantilah aku bekerja pun belum, lesen kereta pun takde lagi. Bak kata kakak aku layankan aje. Tapi itulah bila ramai kawan-kawan yang dah kahwin tipulah kalau aku takde rasa apa-apa, lagi dengan status bujang aku ni, bila didesak dengan soalan sama rimas jugak dibuatnya. Bukan tak nak tapi belum sampai lagi masanya. Jodoh tu kan ketentuan Allah s.w.t, hari-hari aku berdoa agar Allah s.w.t tunjukkan calon suami aku. Dah tertulis barangkali belum tiba masanya untuk aku.

Aku bukan jenis yang mencatatkan apa yang aku mahu capai di setiap tahun yang bakal mendatang, biarlah ia menjadi catatan dalam fikiran aku sendiri, bukan apa takut bila terlebih sangat nanti kalau tak tercapai hati sendiri jugak yang sedih, jadi tahun 2011 menjadi satu tahun yang berlalu dengan pelbagai cerita suka dan duka aku. Inshaallah atas setiap apa yang berlaku dapat mematangkan aku dan menjadi orang yang lebih baik dari hari ke hari. amin. Aku cuba untuk menghayati minggu-minggu terakhir sebagai student ni, aku sangat pasti aku akan sangat rindu pada setiap apa yang berlaku disini.

Tahun depan banyak juga yang ingin aku capai, jadi atau tidak ketentuan Allah s.w.t. Kita manusia hanya mampu merancang segalanya atas keredhaanNya. Semoga Allah swt sentiasa melindungi dirku, keluargaku dan kawan-kawanku. Sesungguhnya aku tak kuat dalam menempuhi segala dugaanmu Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku ya Allah.

Oh ye, pada kawan-kawan yang nak meghadap final exam macam aku, good luck. Moga kita sama-sama dapat tempuhi final exam kita yang dah final ni dengan kuat ok?

Selamat tinggal 2011, semoga 2012 akan mendatang dengan jayanya, Inshaallah.



Sunday, August 14, 2011

Kuat tapi degil


"kakak, saya nak jadi kuat macam kamu lah "

Am I that kuat ? I mean kuat dlm maksud tabah . Ohh I'm not that kuat pun, dalam hati ni takde sape pun tawu apa I rasa . It hurts, yes it hurts .

"amy, kitorang selalu plan dulu tapi last2 tak jadi sebab kena tanya kau dulu on something kalau kau tak nak mesti kau tak nak, kalau pergi pun mesti kau buat muka"

Am I that degil? alah I'm just shouting out what I really felt on that current time, nothing more. Sorry if it hurts you girls, I doesn't mean to be that degil, its just me. ;p

;p

Wednesday, August 10, 2011

Dua puluh empat tahun



Awak , Happy 24th birthday .


Moga sentiasa dirahmati Allah dan punyai future yang hebat ! amin


Awak kawan orang sampai bila-bila.

Orang kawan awak sampai bila-bila


:)

Thursday, July 28, 2011

Aku kena belajar kawal emosi.


Tiap-tiap kali aku sakit hati, geram, hilang sabar, nak luah perasaan mesti aku dah niat nak luahkan dekat bloglah, siap dah pikir nak taip apa, tapi selalunya end up aku taip lepas tu backspace, taip dan backspace lagi dan lagi . Apa yang aku update last-last letak gambar je. cehh

Tumblr aku lagi update dari ni.

Macam-macam hal aku nak luah, nak cerita, betul ! Tapi bila dah banyak sangat aku dah tak tahu apa yang aku patut taip, yang ni salah, yang ni rasa macam tak betul, eh yang ni tak boleh, entahlahhh aku ni memang gagal bab ni, bab mengarang ayat, dulu masa sekolah rendah sampai lari tajuk aku punya karangan, memang gagal ! Sebab tu, apa yang aku rasa banyak aku update dekat twitter, pendek je lepas tu apa pun aku tweet takkan jadi isu, jangan dekat fb tak bole , bahaya!Gila lama tak update dekat fb sampai kak Faz tegur suruh active kan fb.huh

Entahlah, kehidupan sosial aku sekarang memang disekat-sekat dengan financial constraint yang memang sejak dulu kala bermaharajalela, benci tapi apakan daya, belum rezeki aku, campur dgn tak usaha lagi memang ini lah hasilnya. Habis-habis pun aku keluar dgn kawan-kawan sejati aku yang memang cukup paham dgn masalah aku yang ini. Thanks kawan :)

Jadi mood malas nak update social networking yang itu memang menjadi-jadi, lagipun memang takde hape pun bole di-update selain kerja kat umah ni. Biasalah kerja dekat rumah, membersih, membasuh, mengemas, membebel, mem-babysit. Oh ni lain sikit yang cerita mem-babysit ni, sebab yang ini memang menguji kesabaran aku kena babysit 3 budak kentut ni. Sabarnya hanya tuhan je tawu. Dugaan aku jaga budak-budak ni lagi-lagi diorang demam, demam nak sama-sama pulak, memang menduga. Eh dapat pulak yang 2 budak kentut ni dah pandai panjat tangga, adui lagi penat. Tapi sabar-sabar.

Doa je lah yang bila aku dah ada anak sendiri, boleh aku guna skill yang ini.mudah-mudahan,amin.

Aku rasa dah lari dgn apa yang aku nak cerita tadi sebenarnya, tapi takpelah tak penting pun. Merungut tu kan tak elok, so tak payah lah luahkan. Aku cepat melenting, tapi yang pasti aku cepat reda. Aku tak boleh nak marah lama-lama. Alhamdulillah aku cepat sejuk. Tapi rasanya kena belajar untuk sabar lagi ni, syaitan!syuhh syuhhh .





Aku kena belajar control emosi .






Aku rasa aku kena jadi open-minded lagi, terbuka dalam segala hal. Ada kaitan tak open-minded dgn sabar?kalau aku tak bole terbuka in certain point, aku bole jadi melenting tak tentu hala sebab aku tak sabar, eh? macam berkait pulak. Kita memang akan percaya pada hal yang kita rasa kita NAK percaya. Jadi bila orang bagi pendapat, bagi nasihat memang kita susah nak terima, so what's the point of asking out opinion? Ohh mungkin sebab kita nak ada pilihan untuk buat keputusan. Pilihan itu ada untuk kita buat keputusan, untuk lagi pasti tentang sesuatu yang kita tak pasti. Hidup memang sentiasa dengan making decision. Apa boleh buat, yang ini memang takde pilihan.




Aku memang tak layak nak membebel bab ni, aku tawu. Aku cuma taip apa yang aku rasa aku nak taip. Untuk K-pop, hallyu lover macam aku ni nampak sangat tak sesuai kan?yelahh yang aku tawu cuma update hal yang itu, sebab aku minat itu, apakan daya.




Dah 2 years and a half . Si jejaka terakhir pun dah jumpa si soulmate, congrats u . Perasaan aku yang ke situ memang dah kelu setakat ni, mencari tidak apa pun tidak. Tak layaklah rasanya nak bercerita, nak nasihat orang bab ni kan, siapalah aku. Aku selesa hidup begini, tapi kadang-kadang confident level macam jatuh, yelah aku tak cantik, omputih kata #ugly. sungguh . Tapi aku bersyukur, dengan semua aku masih baik, takde apa masalah. Cuma ada cerita yang aku tak boleh bukak dekat sini, bahaya. Ini memang rahsia yang aku akan bawak sampai aku mati. Sebab ni hal hidup dan mati ! Tapi kadang-kadang risau jugak bila dulu mak membebel hal yang ini. Sekarang ni je dah kurang, yelah sejak hal kegagalan tu timbul, lagi lah mual nak cerita hal yang ini weyh ! Aku pernah menyesal melepaskan sesuatu yang baik untuk aku. memang bukan jodoh aku barangkali . Takpe amy :)


Dah nak puasa, tak sabar . Tak sabar nak puasa, lepas tu raya, lepas tu balik Shah Alam habiskan final sem untuk degree. Lepas tu job hunting . Inshaallah .



Satu sebab aku taknak membebel dekat blog ni, entah apa-apa yang aku bebelkan. dah, penat . Bai korang .






Tuesday, May 31, 2011

It's totally a no-no.

Kisah cinta mati, cinta sampai langit memang totally a no-no for me, hopefully one day I takkan jadi macam tu . So bila tengok orang begitu its annoyed me so much, tak tau sebab I dah lama single so macam perasaan ke situ kurang eventho I ada jugak suka orang, tipu lah kalau takde. Suka tu mungkin ya, tapi nak sayang tu mungkin belum sampai ke tahap itu.

Kadang-kadang rasa sedih tengok kawan-kawan yang dalam masalah macam tu, I tawu apa yang diorang rasa sebab I pun pernah jugak macam tu dulu, berbeza mungkin how we handle it .

Tapi susah jugak nak cakap, masing-masing ada masalah sendiri, yang berbeza mungkin cara macam mana nak selesaikan masalah tu . entahlah I pun pernah jugak bercinta, putus cinta semua tu, sedih memang sedih tapi kita kena let go semua tu. Nak nangis bagai nak gila, nangis lah, tapi habis dekat situ habis lah . Kita kena kuat semangat, kena redha jugak kalau dah memang dia bukan untuk kita, terima lah, mungkin ada jofoh yang lagi baik untuk kita, ada hikmah dari semua benda ni . Tapi kalau dia memang betol jodoh kita, Inshaallah memang dia untuk kita, so nak gelabah apa nya? I bukan nak bercakap tentang sapa-sapa, hal ni general . Ini macam peringatan jugak untuk I kena selalu kuat semangat, kena gigih, kena sabar, kena tabah .

Hidup kita ni bukan berkisar tentang hal cinta aje, banyak lagi hal yang lebih penting, komitmen kerja, famili, kawan-kawan, so go get a life . Nak sedih tu boleh, memang kena kalau tak keluarkan seksa jugak nak menahan dalam hati je, perlahan-lahan kita biarkan dia pergi . Be positive .

Silapnya bila berkawan sepenuh hati letak percaya, letak sayang pada orang tu, tapi bila putus lagi sepenuh hati frust menonggeng. Lepas tu bermusuh dengan sang kekasih yang dulu cinta mati, cinta sampai langit. Tapi I tak kata semua, sesetengahnya mungkin tak begitu, jangan marah ya :)

Selalu kan orang kata 'the past experience that gave us lessons', so selalunya dari my previous relationship itu lah yang mengajar, juga I belajar dari semua itu, apa orang kata 'Pengajaran' . I tak bercakap tentang sapa-sapa rasanya hal ni datang dari diri sendiri kot. Takpe later on lagi banyak experience yang kita dapat kot, in future Inshaallah lagi kita get a lesson :)



p/s : I love u girls, jangan tension sangat, biarkan mereka itu :)



Tuesday, May 10, 2011

Cold-hearted

hei semua,



Entah apahal minggu ni, semua benda tak kena, macam-macam hal yang tak dipinta jadi . lagi tentang soal hati yang dah lama tak terbukak ni, tapi ada orang usik pulak . Tapi nampaknya dah terlepas pandang, sebab I kurang gigih dalam berusaha mendapatkan 'itu' . Ego memang tak mampu nak di buang untuk hal 'itu' . Bila tak mengaku memang menambah lagi sakit hati ni, entahlah, tak tahu sampai bila sampai dah kahwin ? sampai dah beranak pinak ? hmmm



Walau tahu yang diri ni suka, kadang hal remeh tu jadi penyebab I tak nak, tak mahu cuba , benci lah .


Syukur syukur walau tersentak hati ni, namun Allah itu maha berkuasa, dia kuatkan hati I untuk hadapi ni . Tak kira lah remeh ke, besar ke .


I tak suka fikir hal yang susah-susah, yang menyesakkan kepala sebab I simple minded . Jadi peduli apa orang nak kata, kita tetap macam ini . Macam apa yang fiza cakap 'we need extra-brain to be honest' , walau I tak paham mana nak cari extra-brain tu, apa yang dia cakap tu memang betol . Jadi, buat apa nak susah berusaha walau tahu yang semua tu tak mampu nak merubah keadaan sekarang ni . I don't know, because I just don't want to know .




I mengaku memang I silap, I minta maaf . Tak pernah ada niat nak sakitkan hati sesiapa, lagi kan nak mencari musuh . Tapi kalau orang salah anggap gurauan I, lagi I tak boleh buat apa-apa . Orang lain rasa dia dah cukup faham I, tapi orang lain tak tahu apa I rasa, maknanya orang tak faham I kan? Mulut I yang macam mana yang orang rasa boleh nak judge sesuka hati ? Jahat sangat mulut I ni ? Kurang ajar sangat ? biadap sangat ?







Tapi mungkin juga teguran itu untuk kebaikan I, alhamdullillah maknanya I boleh berubah untuk menjadi orang yang lebih baik . Inshaallah .









Enough is enough .



Sunday, April 24, 2011

Saya sedih .

10.30 pagi, 20 April 2011 .


Adik I text cakap Izzi, anak Pak Usu I dah takde . I call her, and then she starts to cry .

Kami semua still in shock, sebab tak percaya yang dia dah pergi meninggalkan kami semua . I rasa hanya dia cousin I yang paling rapat, yang bole YM, chat dekat FB, boleh texting . Adik I lagi sedih sebab dia sebaya, diorang rapat . Semua orang sedih, sedih sangat .


'Dia accident motor, dia langgar lori masa otw nak pergi sekolah dia dekat Melaka untuk hantar resume' . Kami semua terkejut dengar .


Masa salam Mak Usu , dia peluk I dia cakap "Izzi dah takde, Inshallah dia di syurga sebab dia anak yang baik, Allah cuma pinjamkan dia sekejap dan Allah dah ambil dia balik" . Rasa macam baru semalam berbual dengan dia, gelak-gelak dengan dia .



Dia memang anak yang baik,belajar pandai dan dulu sekolah dekat Kolej Yayasan Saad, SPM dia dapat 10A . Mak Usu cakap dia baru dapat offer pergi interview scholarship MARA hari selasa ni, lagi lah sebak kami semua dengar .



Semoga Allah tempatkan dia di kalangan orang yang beriman, kami semua merindui dia .

Kami redha .


Al- fatihah .

Friday, March 25, 2011

Hatinya milik orang

Hello hello .


Today is my super hectic day .
Minda fizikal semua terganggu dek si staff lelaki yang banyak membebel .
So, now I takde mood nak buat kerja, update blog lagi bagos ! kesian blog ni dah lama terbiar .



Last week, bestfriend I dari sekolah rendah bertunang, semalam baru sempat nak upload gambar dalam laptop, jadinya hari ni lah baru boleh kepoh chi dekat blog. muahahahaha


Dia lah orang pertama yang bertunang, dan juga berkahwin dalam geng kami . Congrats le'o :)


si paling terkejal tunang dulu ;p
Dah berkasih dari sekolah, so lebih kurang dah 10 tahun jugak diorang kawan, end up dah tunang, dah nak kahwin dah kawan I ni . Ada jugak lah hari tu teman dia beli barang hantaran, tolong dia pilih baju tunang semua . Macam-macam perasaan bila dia tunang ni, happy untuk dia, tapi ada sikit sedih :( .








p/s : Buat awk yg disayangi, yang lepas tu biarkan pergi, awak layak dapat yg lagi bagus !

Monday, March 7, 2011

Monday Blues lah sangat !

Ketidakpuasan hati pasti menghambur seribu satu rasa yang tidak disenangi ramai . marah, geram, serba salah semua bercampur menjadi satu rasa yang tak mampu nak digambarkan dengan kata-kata !
Lantas jadi lah post sumpah tak tawu mana pucuk pangkalnya !
Boleh berhenti baca di sini jika tak suka !
Hari ni 7 mac 2011, mood bekerja memang tipis biasalah monday blues kononnya padahal semalamnya keluar beronggeng sampai kelewatan pulang lagi menyokong rasa malas ke tempat bekerja .
Tak tahu mana silapnya satu event penting jadi satu masalah pula pada yang masih berlatihan amali . Dilema sungguh ! dari pagi tepat jam 10 pagi sampai ke waktu pulang tak pasti dengan jawapan masing-masing, sekarang hati masih gundah gulana memikirkan apa yang bakal ditempuh esok !
Logiknya, tak patut lah sebab ada alasan nya, tapi apakan daya tenaga si pelatih amali ni, tenaga yang memang layaknya dikerah-kerah, diperah-perah hingga kering. Si pelatih yang sedar tempatnya dimana, apa tanggungjawabnya hingga kan rasa bersalah tu terbawa-bawa padahal sudah selamat berada di tilam tercinta .
Maka terhasil lah post yang kalau buat karangan sumpah cikgu mengamuk sebab takde point, awalan, akhiran, klimaks apetah lagi penggunaan bahasa nya T_T
Tak tawu patut rasa apa sekarang, bongok betol =( .
Hal mudah memang kadangkala boleh jadi punca tak lalu makan, telan makanan rasa nak muntah . lagi sekali bongok betol .

Saturday, March 5, 2011

headphones on.WORLD off.




Memang cerita hati, perihal perasaan takkan pernah ada yang betul mengerti . Meluah belum
pasti juga tepat pada kekecewaan itu, tak sampai barangkali . Kecewanya pada apa juga tak pasti, jadi bagaimana ?




agree .

.

.

.

urself will dissapoint you too .


But how should I make it up ?

Wednesday, March 2, 2011

Tiga=three=march




Welcoming March , eventhough its a bit late now . hehe


Hi March, be nice to me okeyh ? (:


Sunday, February 27, 2011

Big Bang is back !








Big Bang is back ! I'm just soooo excited on everything about Big Bang especially on their parody of Secret Garden on SBS 'The Big Bang Show' lol . too funny . New addition to the collection of great parody by Big Bang !! . hehe



You can check it out on my tumblr lol , credit to fuckyeahygfamilyy on tumblr (:



My ultimate biased in Big Bang, T.O.P (:

Friday, February 25, 2011

She turn 23


It was our 1st time celebrating birthday together for a such long time . That girl that i knew since she was 9 has turn 23 ! hehe .




Gamba gedik terakhir dari pemilik blog,sekian .


Wednesday, February 23, 2011

Blank mind


I am at the office.
I am bored of looking at the pile of data that I need to key in into the computer . blaaaaaahhh
T________T

Monday, February 14, 2011

Hallyu wave vs Kejora & Bintang

Salam maulidur rasul pada semua .


Esok I cuti, korang pun mesti cuti jugak kan ? Ok lah, post I yang ni nak cerita pasal drama-drama yang ada dekat tv sekarang ni . Reason nya sebab drama ni lah tadi I tak dapat tengok Music Bank dekat KBS tadi . Post ni barangkali kedengaran bias sebab yelah I kan K-pop addicted, tapi please be noted okeyh, K-pop tu korean pop bukan korean drama okeyh. Lain maksudnya . I memang suka k-pop tapi korean drama tak berapa sgt. Kalau ada I tengok kalau takde, tape pun tak kesah . I lagi suka tgk variety show dia sebab kelakar . hehe

Korang igt lagi tak masa mula-mula Korean drama tunjuk dekat tv dekat Malaysia ? alah yang cerita Winter Sonata tuh, yang hazami nyanyi lagu dia versi bahasa tu igt tak ? Lepas tu cerita Autumn In my heart pulak igt tak yang ada Won Bin yang I minat tuh ? dipendekkan cerita I memang suka gila cerita ni dulu, tapi I rasa semua orang pun minat kot ? Cerita dia sedih betul. Drama Korea ni selalunya dia banyak cerita pasal kekeluargaan, pasal family bonding plus hal cinta yang memang typical tu lah . Tapi paham-paham je lah semua orang suka kan konsep ni kan ? I pun suka jugak ;p





Bae yong jun & Choi ji woo .


Choi Seung Hoon , Won Bin & Song Hye Gyo


But for me, I'm not really into these K-dramas pun sebab it will take quite longer time for me to watch it lagi2 nak finish kan satu drama tuh, panjang bai . I memang bukan pencinta dramas & jugak movies so I prefer untuk tengok awal2 drama tu, or dah nak ending . haaa, dah tawu karakter dia lepas tu tgk la happy ending dia . haha . But still I tawu lagi pasal K-dramas ni, the latest drama lah, drama yang popular lah , I tawu jugak lah .


Jang Geun Seuk & Moon Geunyong

The latest K-dramas that I recently finished is Mary me, Mary . Itupun I tak tgk ending dia, I tanya adik I je sebab dia tgk full . hehe . Cerita dia comel plus the actor was damn hot . I bet for those yang minat K-dramas knows him . Jang Geun Seuk who act in He's beautiful . Ohh ya I tak tgk lagi cerita tu walhal ada tunjuk dekat tv . Haritu I ada suggest dekat kawan I, Combi tengok Secret Garden padahal I tak tengok lagi pun sebab I dengar review dari Korean media yang dekat allkpop tu, cerita dia sangat best, even their artist itself pun minat cerita ni . So go search for it ya pencinta K-dramas .


Hyun Bin & Ha Ji Won

Bias, bias, bias . I memang bias tapi now pada Dream High . Ini the latest drama yang tengah main dekat KBSworld . Sebab nya yang berlakon mostly teen idol which I full heartedly minat lah kan . Ada wooyoung,taecyon from 2pm, Joo, IU,Eunjung from T-ara and Suzy from Miss A . Tapi sad story is, I tak sempat nak tengok pun sbb nanti bergadoh pulak dgn mak nak tgk . Baik I rilek2 dulu, nanti baru tgk :(

Wooyoung, Taec, IU, Suzy, Eunjung & Kim Soh Hyun

The reason kenapa I cerita semua ni, sebab petang tadi I tak dpt nak tgk Music Bank sebab mak I nak tgk Kejora & Bintang, drama yang dekat astro tuh .umpama melepaskan btuk di tangga lah ni .
I memang bukan peminat drama, apetah lagi drama dari Indo nih, sebab dia tak logik, meleret-leret sangat . Yang I geram tuh, yang tukang tgk drama tu boleh pulak marah-marah dekat drama tuh sebab nya si pelakon tuh macam kebodohan sgt, sungguh lah tak logik . kesian pelakon padahal director yang suruh . I still remember masa drama bawang putih, bawang merah main dekat tv, mak aih makan masa berbulan-bulan nak habis meleret nak mati . Tak logik gila weyh sampai ada orang post dekat newspaper suruh berhenti kan drama tuh. tup tup main lagi drama Indo dekat tv . Yelah tak suka ramai, pencinta nya pasti lebih ramai .

Baim Wong & Alysa


Yang paling kelakar nya I igt lagi ayah I pernah off kan tv masa tgh tengok drama bawang tu sebab geram sangat tengok cerita tuh . hahahaha . tapi esok nya tengok lagi cerita tuh . haha



I tak berapa suka sgt dengan drama Indo ni, sebab dia tak logik, jugak tak habis-habis berdendam nak rebut harta nak rebut cinta sampai berbunuh-bunuh .Konflik tu bagus la, drama kan tapi boleh dia pergi langgar orang tu suka-suka dia . Ok I seperti emo disitu . Bukan lah, maksud I cerita macam ni bukan nya tak elok moral dia, mula-mula tunjuk pasal familyadik beradik semua tapi bunuh-bunuh apa tu weyh ? kan tak sesuai tu nak tengok satu family ? sampai kan Delisha anak sedara I yang kecik 2 tahun tu pun cakap "ande dia dah mati, ande " ishh2 apehal tuh ?? . Pada I tengok tv tu satu cara for leisure so tak suka lah tgk bunuh2, dendam2 ni . Memang lah kita ada option untuk tak nak tgk, habis tu takkan mak I dekat rumah nak tgk Kartun 24/7 dengan anak-anak sedara I nih ? dah la tv nya satu aja .



Mungkin lah I bercakap dari segi emosi, jadi kurang kewarasan di situ . Tapi its just my opinion lah . semua org pun boleh komen . nak komen tinggal kan dekat comment box di bawah ye ? :)



As for my opinion K-dramas bagus dari segi moral nya . Bak kata Dr. Muhaya , husband dia minat drama korea sebab dia ' tiada keganasan, mereka sangat menghormati orang tua, bercakap nya sopan, story line nya juga bagus ' .Itu pendapat dia bukan I ye . Bukan nak kata takde langsung, tapi slot berbeza kalau cerita yang ganas sikit malam , family slot time petang . Macam drama melayu dekat Malaysia kan ?

I do enjoy watching dramas . Drama apa-apa pun I tgk . drama melayu pun I tengok . paling suka cerita adamaya & nurkasih . cerita asmara pun I tgk okeyh .

Lisa Surihani, Sein & Allahyarham Faizal Yusoff


Tapi saja nak suggest dekat pencinta drama, I baru je habis tgk Autumn's Concerto dekat channel U, its Taiwanese drama, drama dia sgt best okeyh sila lah tgk :)



Vanness Wu & Ady an

I nak minta maaf pada semua pencinta drama indo, I cuma cakap pendapat I aja . Bukan semua yang I tak suka certain saja . I tgk jugak Ada apa dengan Cinta tuh, best apa . cuma tak prefer lah drama nya . Semua benda pun ada Pros & Cons nya kan, I tak kata semua hal dari Hallyu wave ni bagus, certain thing it is lah . Ambil mana yang elok, buang mana yang tak elok okey ? >>juga merujuk pada diri I sendiri :)


That's it panjang lebar I mencarut malam ni, rajin bacalah tak rajin boleh la tgk gambar je eh ?


p/s : cerita tiada kaitan antara hidup @ yang sudah meninggal dunia .

Friday, February 11, 2011

Nanen Namja chingu opsoyo .


Anyeonghaseyo yeorobun . Nanen namja chingu hago ae-in opsoyo . Chonen Chansung hago won bin neomu chuwa .





Can I have one like Chansung ? omo


Won Bin may I have you too? omo

p/s : entri paling mengarut sedunia . tq

Wednesday, February 9, 2011

Sunday outing

Hello semua .

Sekarang ni, tiap2 minggu mesti ada plan . Tak bershopping pun, mesti nak jalan2 lah, nak pergi jogging lah . Ada aje idea bernas nak buat, si planner tuh mereka-mereka lah termasuk I . ngee

Yelah I ingat lagi since kitorang habis sekolah, semua terus sambung belajar, bizi dengan hidup masing2 padahal 3 orang belajar tempat sama, so jarang sangat dapat spend time sama. Since I practical dekat JB ni, so geng dah cukup baru lah boleh lepak, keluar sama-sama . Dah dekat 4 tahun kot, kalau ada lepak pun mesti tak cukup sorang, bertiga je, takpun dgn orang lain . Ha, now semua pun dah ada dekat kampung jadi dapat lepak selalu . muahahahha

Okey ini cerita ahad lepas pergi sutera mall shopping, mereka lah .I window shopping je -__-". Tapi baru perasan masa pergi shopping tak ambik gambar langsung, sumpah semua orang bz gila shopping . haha

We had lunch at Uncle Jo's, I makan spagetti tak cukup rasa hmm, dinner steamboat and lepak dekat 'Pearl Harbour' bak kata Le'o heheh . I cuma beli satu tudung masa keluar tuh . Jimat .( cehh padahal duit dah habis -_-")

Gambar kat bawah ni, tapi semua bercampur, I macam tak mampu je nak susun . kehkeh















































p/s : minggu ni plan nak pergi jogging tapi tak tawu lagi dekat mana . ngee !